Catatan

waktu perniagaan Sepanjang Ramadhan 2026 Lemang Meriam Hulu Kelang

Imej
Kami di Lemang Meriam Hulu Kelang ( Dapur Meriam ) mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam dan kepada para pelanggan kami yang sentiasa support lemang kami. Moga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t Di bulan mulia ini, Ramadhan 2026 ini. Kami mula beroperasi bermula jam 3.30 petang sehingga 7.00 malam sepanjang bulan Ramadhan ini. Setiap hari kami akan membakar lemang untuk santapan anda merasai keunikkan lemang tradisional. Selain keunikkan buluh lemang yang lebih besar saiz buluh meriam, saiz kecil juga ada kami sediakan sesuai dengan bajet para pelanggan. Aroma buluh bergaul santan dan garam, disamping daun pisang segar dari hutan apabila dibakar membangkitkan selera tersendiri. Ditambah pula dimakan bersama serunding daging atau ayam mahu pun ikan. Mungkin dengan rendang ayam mahu pun daging. Ada yang suka dimakan bersama kaya mahu pun susu. Menambahkan lagi selera tersendiri setiap individu yang menikmatinya.

Lemang Meriam Hulu Kelang.

Imej
Hi, selamat datang . Lokasi kedai terletak di deretan kedai kampung Fajar, hulu kelang. Tepi lebuh raya MRR2, dari arah Gombak ke Ampang. Sebelum sampai ke FINAS atau Zoo negara akan kelihatan deretan kedai disini. Lokasi kami melalui Google maps boleh ikut di sini >>> googlemaps Waktu perniagaan dibuka dari jam 9.30 pagi sehingga jam 9.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad.  Lemang dijual adalah mengikut saiz diameter buluh. Bermula dengan saiz kecil RM17 sehingga Saiz besar buluh Meriam RM25 sebatang.  Jenis lemang tersedia adalah lemang daun pisang dan lemang daun lerek. Selain lemang, kami juga menyediakan beberapa menu tambahan seperti  ketupat daun palas Ketupat nasi Lontong daun pisang Rendang daging minang Rendang ayam  Minuman air kelapa muda juga turut tersedia. Sama ada original, ais dan gula. Penghantaran juga tersedia untuk lembah kelang. Untuk tempahan melalui grab boleh klik di sini >>>  grabfood Untuk tempahan di shoope  ...