waktu perniagaan Sepanjang Ramadhan 2026 Lemang Meriam Hulu Kelang
Kami di Lemang Meriam Hulu Kelang ( Dapur Meriam ) mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam dan kepada para pelanggan kami yang sentiasa support lemang kami. Moga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t
Di bulan mulia ini, Ramadhan 2026 ini. Kami mula beroperasi bermula jam 3.30 petang sehingga 7.00 malam sepanjang bulan Ramadhan ini.
Setiap hari kami akan membakar lemang untuk santapan anda merasai keunikkan lemang tradisional. Selain keunikkan buluh lemang yang lebih besar saiz buluh meriam, saiz kecil juga ada kami sediakan sesuai dengan bajet para pelanggan.
Aroma buluh bergaul santan dan garam, disamping daun pisang segar dari hutan apabila dibakar membangkitkan selera tersendiri.
Ditambah pula dimakan bersama serunding daging atau ayam mahu pun ikan. Mungkin dengan rendang ayam mahu pun daging. Ada yang suka dimakan bersama kaya mahu pun susu. Menambahkan lagi selera tersendiri setiap individu yang menikmatinya.